Semalam
kami mengadakan sesi ronda dan riadah 5.5/2012 menggunakan laluan SS1, laluan yang
biasa kami gunakan untuk ke Stulang Laut. Walaupun hanya 8 orang sahaja yang memeriahkan aktiviti berbasikal santai, sesi kali ini tetap menyeronokkan.
Antaranya ialah Iskandar Sabri Rahmat (tegar) , Safuan Yusof (veteran tegar), Emes Mukhris Mohd Mokhtar (tegar), Suhaimi Mohd Salleh (hiper & tegar), Mohd Afiq Ibrahim (tegar), Mohammad Fairuz Bazin (ahli baru - boleh tahan), Hamdan Naemon (ahli baru - boleh tahan) dan Nor Azyyati Ismail (separuh tegar).
Seperti biasa, kami berhenti di salah sebuah kedai makan di Stulang Laut (iaitu Talam Seafood - agak mahal. 3 bintang sahaja) untuk melepaskan lelah dan dahaga serta mengisi perut yang kosong setelah membakar kalori selama setengah jam dari pejabat IRDA ke Stulang Laut.
Berdasarkan aplikasi Cyclometer yang diguna pakai oleh Iskandar Sabri Rahmat, purata kelajuan berbasikal adalah pada kadar 20.12 km/h. Patutlah rasa cepat sampai di lokasi Stulang Laut sebab lebih laju sedikit daripada kebiasaan.
Kami juga terserempak dengan beberapa orang kawan-kawan sekerja di atas jalan yang memberikan sokongan moral dengan membunyikan hon mereka. Kami cuma mampu membalas baik dengan membunyikan loceng (kring!) dan mengangkat tangan. Terima kasih kawan-kawan!
Sila gunakan hashtag #irdacyclists di laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, dll untuk menunjukkan sokongan anda.
Seperti biasa, komen anda amat dialu-alukan.


No comments:
Post a Comment